100 hari lagi…

| 0 comments

Assalamualaikum wbt,

Kebiasaanya, saya akan telefon keluarga kat malaysia seminggu sekali (kecuali dalam kes tertentu yg tak dapat dielakkan). Setiap kali telefon, antara benda yang saya cari adalah nak dengar suara adik² saya..rindu okay..hehe..

Beberapa hari lepas, macam biasa, saya telefon mak.

Borak kejap, pastu dengar suara budak dua orang ni berceloteh kat belakang…

*senyummmmm*  =)))

Kata mak, dik yah baru kata “Dikyah rasa laaamaa sangat tak tengok angah”

Si abang dan si adik. Aqeh dan dikyah atau dipanggil juga sebagai upin dan ipin >_<

Okay makin rindu, rasa nak kemas barang beli tiket flight balik ke malaysia….huhu..

Tapi, tak boleh ikutkan hati, sebab ikut hati mati ikut rasa binasa. Masih ada hal yang perlu diselesaikan disini.

Borak dan terus borak dalam telefon dengan mak, diiringi suara latar mereka berdua.

Sampailah ke tahap bercerita dengan mak pasal ki dan wang ( baca : tok ki dan tok wan ^^ ).

Kata mak, “Joyah tu dah pandai masuk rumah dah.”   ( Joyah adalah nama timang-timangan bagi seekor kambing peliharaan >.< )

Huh??? Biar betik??? Cerdiknya kambing ni naik tangga?

“Aritu kambing tu masuk dalam umah, dia pegi intai wang semayang dalam bilik”

Ohlalalalala!!! Tak sempat saya nak terkejut lebih-lebih. Tetiba dik yah menambah, “Pastu kambing tu pon ikut semayang sekali”

Okayyyy yang ni sampai bergegar headphone saya sebab gelak..haha.. Terus terbayang seekor kambing berjalan-jalan dalam rumah, pastu bukak pintu bilik, selak langsir kat pintu, dan berdiri tegak seraya mengangkat takbir untuk sembahyang!!!  LOL

Ni yang buat saya makin nak balik rumah ni. rindu nak melayan keletah diorang…

Saya masih ingat antara soalan² dan kata-kata yang keluar dari mulut dorang.

“Bila nak malam kan, matahari tu akan masuk ke dalam tanah kan?”  –> Erkkk?? Terus saya berkerut seribu. Bagaimanakah harus saya terangkan yang bumi ni bulat, pastu matahari akan pegi ke bahagian bumi yang lain dan bukannya masuk tanah? Tapi, secara logik, dorang memang betol! Even dulu pon manusia anggap bumi ni petak kan??

“Makan pagi tu sama ke ngan sarapan?” —> agak terkejut dengan soalan ni untuk beberapa saat, rupanya budak² ni benda yang bagi kita simple tapi untuk dorang, tu adalah satu proses pembelajaran. Maka, awasilah kata-kata yang keluar dari mulut kita setiap hari. Dorang bukan setakat mendengar :)

“Angah, kawin tu lain ke ngan tunang?” Tanya si abang pada suatu malam. Walopon terkejut dan gabra sebab tak tahu nak terang camane, saya tanya balik, “Aqeh rasa sama ke dop?” Tetiba si dikyah ni pulak yang menjawab “Dikyah rasa tunang ngan kawin tu sama jek” Hahaha.. Ambik kau, tanya lagi kat budak kecik soalan camni. “Dulu Aqeh rasa sama jugok, tapi nape kalau tunang ada sorang jek atas pelamin, tapi bila kawin, ada dua orang atas pelamin?” Si abang mencelah..Okayyy kali ni saya berkerut dua ribu -__-

Pada suatu malam selepas menonton tv, Aqeh tetiba bertanya, “Angah, cinta tu mende sebenarnya?” Hohhhh??? Saya pandang kat depan saya, ada dua orang budak yang memandang saya dengan polos dan innocent, mengharap jawapan. Adeh pening den nak jawab camane nih… Inilah akibatnya banyak sangat cerita pasal cinta kat tv. Time tu femes tahajud cinta la, cinta tu la, cinta ni la..

Bukan senang okay nak jawab soalan budak-budak. Tapi, itulah yang saya rindu, rindu mendengar soalan dan kata-kata mereka yang bukan sahaja membuat saya tersenyum, tapi juga yang membuat saya berkerut mengaru-garu kepala yang tak gatal.

Takpe, ada 3 bulan lebih je lagi sebelum balik malaysia.

Ataupun 100 hari lagi :) ))

 

Blog tukar wajah lagi dan tukar URL

| 2 Comments

Assalamualaikum,

Lama bebenor rasanya tak menulis. Last entry rupanya pada julai 2011. Bukan tak nak update pape, tapi sedang berusaha nak buat wajah baru kat blog ni. Tak suka sangat kat layout lama. Layout ni pun susah jugak mencarinya. Kebanyakan layout guna posting body yang kecik jer bila ada 3 column dan saya tak suka sangat la sebab bukan taste saya membaca di ruang yang sempit² hehe.

Lepas tu jumpa la yang ni, terus berkenan dan just buat header yang baru, edit colour, font etc. Et voilà!

Pastu buat domain name sendiri, hosting sendiri…

Ok habis bab tu.

Bab lain, saya sekarang dah masuk semester terakhir study kat france. And now i’m counting down the days to go home *wink wink*. 3 tahun kalau dikira memang lama, tapi juga sangat sekejap. Serius tak terasa sangat 3 tahun ni. Tup tap dah nak back for good, akan kerja, akan buat walimah (eyhhh?? =p )

Harap-harap dalam masa tiga tahun ni, ada benda yang dipelajari selain dari dapat ijazah.

Quote kata-kata seorang penulis, semua manusia membesar, tapi tak semua menjadi dewasa. 

Sehingga berjumpa lagi :)

 

p/s : Bila la nak snow ni. Dah tengah januari, patutnye masa camni la salji tu turun banyak-banyak sampai tanah jadi putih. Dahla ni last winter, takde salji plak. Tetiba teringat kata-kata yang asyik keluar dari mulut masa salji turun tahun lepas dan tahun sebelum tu. Asyik mengomen jalan jadi licin la, terjatuh la, lecak la, itu la, ini la. Haaa kang salji dah tak mo turun tahun ni huhuhuh…

p/s : Bila tukar template baru ni, link  bloggers lain pon hilang jugak..adehh..

Tertipu selama beberapa minggu…

| 2 Comments

Sudah lebih sebulan cuti semester bermula. Cuti dah mula seawal 12 mei 2011. Sambil² tunggu result keluar, alhamdulillah banyak jugak perkara yang dah dibuat. Ke sana ke sini sampai tak sempat nak duduk berehat goyang kaki kat rumah. Kalau duduk rumah pun, ada jek hal² yang perlu diurus  dari rumah pulak.

Berbeza sungguh dengan keadaan lepas balik le Malaysia ni.

Rutin biasa, bangun pagi jadi bibik : basuh baju (spin mesin basuh pulak rosak, tiada pilihan selain kena perah baju² tersebut secara manual menggunakan tangan. Adik beradik pulak 10 orang. Memang terbaiklah untuk membina kekuatan dan ketahanan tangan :D ). Lepas tu, basuh pinggan mangkuk dan kemas dapur pulak sebab mereka yang pergi sekolah ni semestinya tak sempat nak kemas² sendiri cawan² etc lepas sarapan. Kemudian, berpindah ke ruang tamu. Sapu² atas karpet menggunakan penyapu lidi ( kat rumah ni takde vacum dan tak berbaloi pun beli sebab kat ruang tamu je pon ada karpet). Masuk ke bilik pulak. Ohh time ni tak larat dah. Biasanya kemas ala kadar aje :D

Kalau kerja² diatas dah dimulakan selewatnya pada pukul 8 pagi, biasanya pukul 10.30 camtu dah boleh siap dah. Rehat kejap sebelum masuk dapur balik. Biasanya, kalau pepagi camni, memang saya sorang² je kat rumah. Paling awal pun balik adik yang kat tadika, pukul 12 tghr.

Lepas tu, masuk dapur, bukak peti sejuk sambil garu² kepala sebab tak tahu nak masak apa :p
Tak nak masak kang, ada adik sekolah rendah yang balik nanti. Biasanya ada kelas lagi kat sebelah petang. Jadi, akan balik dulu makan nasi sebelum ke sekolah balik. Jadi, saya kena masak la kan ?

Kalau kat France, takde masalah sangat bab² masak ni. Bukan nak kata pandai memasak, tapi sebab yang makan hanyalah saya dan 2 orang lagi housemates. Jadi, bila masuk dapur, masaklah lauk² campak pon. Baling itu ini dalam kuali lepas tu siap ! Kami² je yang nak makan. Boleh jugak bukak peti sejuk TANPA garu kepala sebab kitorang jugak yang beli barang² nak masak. Jadi, dah ada dah dalam kepala nak masak apa sebab dah tahu apa yang ada dan takde kat dapur.

Ada lagi masalah lain yang lebih besar kalau nak memasak kat rumah kat malaysia ! Iaitu apa yang saya makan kat France tak sama dengan apa yang saya makan kat rumah. Kenapa ?

Dah lebih 2 minggu saya kat Malaysia, tapi saya belum pon makan tomyam, kari ayam, ayam masak kurma, nasi ayam, ikan masak masam manis etc ! Padahal, makanan² di atas adalah makanan yang selalu dimakan dan dimasak kat France. Tetapi, kan saya dah kata kat rumah saya lain. Tak makan benda² tuh. Kat sini biasanya masak yang biasa² sahaja. Masakan kampung. Yang selalu jadi lauk kat rumah adalah sayur air, sayur goreng,singgang ikan, ikan goreng, ikan panggang, rebung,ulam² yang diambil dari kebun dan tak dilupakan budu ! Ya itu sahaja yang saya sekeluarga makan sepanjang 2 minggu lebih saya kat sini. Sebenarnya memang macam tu sejak dari dulu lagi, sejak saya kecik.

Saya sendiri sebenarnya lebih suka macam ni, berbanding gaya makan saya kat France. Kat sini lebih sihat dan makan pon lebih banyak dari kat France. Yelah, makanan² tumis dan berlemak ni biasanya mudah muak. Jadi, makan pun sikit je.Paling banyak menambah 1 senduk nasi.Tapi, susahlah nak masak kat France macam masak kat Malaysia. Sebab kat sana ikan mahal. Ulam² pun apa je yang ada ? Salad ? Err bolehkan salad dicicah budu ? Budu yang dijual kat france pun tak sesedap yang kat malaysia.

Itulah masalah terbesar saya nak masak kat sini. Saya tak reti nak masak² makanan kampung sebab saya mula belajar memasak kat France :p Makanan terhebat saya pernah masak sebelum fly ke france adalah SAYUR GORENG KICAP (dan ikan singgang tak jadi)!

( Okay gelaklah kalau nak gelak pon -__- )

Selepas ditambah tolak, lepas memasak tu habislah kerja² saya sebagai ‘bibik’. Petang berehat. Malam berehat. Ni bahagian tak best ni. Sebab takde benda dah nak di buat. Just tunggu kain baju kering, pastu angkat. Pastu ada lagi kerja kat dapur menunggu (nama pun adik beradik ramai, sinki tu senang je dipenuhi cawan dan pinggan mangkuk kotor).

Tapi, itu ajela kerja saya sepanjang cuti ni. Kadang² keluar rumah jugak, sebab ambik lesen kereta. Selain tu, kalau takde keperluan, saya tak keluar rumah sangat. Kesian jugak nak tinggalkan rumah. Kalau saya takde, biasanya memang adik saya yang tadika tu sorang² jela lepas balik sekolah. Tung tang tung tang tak tau budak 6 tahun tu buat apa dan makan apa sorang² tuh. 2 lagi adik saya yang sekolah rendah dekat asar baru habis kelas. Yang sekolah menengah sorang tu pun balik lambat jugak. Mak pulak tak tentu bila habis kerja. Ayah pun sama.

Sebelah malam pula jadi ustazah kejap, ajar 2 orang si kecik tu mengaji (kalau diorang tak mengaji dengan tok guru). Lepas tu jadi ‘cikgu tuisyen’ pulak.

Dan kerja² di atas berulang lagi di hari-hari seterusnya.

Berulang dan berulang sampailah ke hari ini.


Dan


Tetiba terkejut dan termenung sekejap selepas melihat tarikh hari ini,

« 1 julai 2011 »

Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah

Ada berbelas summer to-do list dalam tangan. Dan setakat ni hanya 1 yang bermula, iaitu ambil lesen kereta ! Yang lain masih tiada progres. Semacam terus dilupakan lepas menjejak kaki ke malaysia.


Betapa mudahnya manusia tertipu dengan masa lapang……….

Dua dunia pada dua sisi

| 3 Comments

Di suatu sisi,
kulihat dunia bersinar,
memandu langkah yang tak harus berhenti,
perjalanan bukan dekat,
moga langkah akan mampu mengukuh,
moga langkah akan terus meneguh,
walau di saat duka, sedu dan sepi.

Di suatu sisi yang lain,
kulihat dunia menyuram,
ada langkah yang berhenti,
kebuntuan, kebingungan dan kedukaan,
harapan yang kembali hidup,
kian ku amati,
kian ku lihat ia mati!

Moga jiwa damai atas segala ketentuanMu Ya Tuhan.

Cukuplah!

| 2 Comments

Aku harus pergi.

Terlalu banyak yang berlaku akhir² ni.
Cukuplah tidur dalam genangan air mata.
Cukuplah hari² yang dipenuhi duka nestapa.
Cukuplah semua masa suram dan sendu.
Cukup.
Cukup sudah.
Aku  memang harus pergi.
Bukan sekadar jalan².Bukan untuk melancong. Tapi untuk menilai diri. Melerai kekusutan hati. Membina kekuatan jiwa. Harap pulang nanti dikurnia lapang di dada. Moga² hati mampu untuk hidup kembali.
Tak perlu kau tanya kenapa aku berduka begini.
Tak perlu.
Terima kasih tak terhingga kuucapkan padamu selama kita berkenalan.

TENANGLAH, hatiku, hingga fajar tiba.
Tenanglah, meskipun prahara yang mengamuk mencerca bisikan-bisikan batinmu, dan gua-gua lembah takkan menggemakan bunyi suaramu.
Tenanglah, hatiku, hingga fajar tiba. Kerana dia yang menantikan dengan sabar hingga fajar, pagi hari akan memeluknya dengan semangat.
NUN di sana! Fajar merekah, hatiku. Bicaralah, jika kau mampu bicara!
Itulah arak-arakan sang fajar, hatiku! Akankah hening malam melumpuhkan kedalaman hatimu yang menyanyi menyambut fajar?

Bangkitlah, hatiku, bangkit dan berjalan bersama fajar, kerana malam telah berlalu. Ketakutan malam lenyap bersama mimpi gelapnya.
Bangkitlah, hatiku, dan lantangkan suaramu dalam nyanyian, kerana hanya anak-anak kegelapan yang gagal menyatu ke dalam nyanyian sang fajar.

~Khalil Gibran